MENULIS

UNIT 8: KESELAMATAN PERSEKITARAN



 KESELAMATAN DI KAWASAN RUMAH





















MARI UJI MINDA!
Berdasarkan teks dibawah, keluarkan tiga isi utama dan tiga isi sampingan. 









AKTIVITI
Mencatat maklumat tentang keselamatan di taman permainan dengan menggunakan idea utama dan idea sampingan yang diberikan.


DOKUMEN STANDARD KURIKULUM PENTAKSIRAN 3.6.1
Murid mengenal pasti idea utama dan idea sampingan yang terdapat dalam teks dan gambar.
Murid mencatat maklumat tentang keselamatan di taman permainan menggunakan idea utama dan idea sampingan
Murid membaca dan memahami maklumat yang tersurat daripada idea utama dan idea sampingan dalam pelbagai bahan untuk membuat ramalan.

 


IMBUHAN APITAN
BERHENTI DI KAWASAN REHAT DAN RAWAT

Perjalanan ke Kota Bharu
Sepanjang perjalanan ke Kota Bharu, Kelantan, pemandu bas telah memperdengarkan lagu-lagu dari radio. Apabila tiba di sebuah kawasan rehat dan rawat, bas tersebut berhenti.
Cikgu Norlia yang dipertanggungjawabkan untuk mengetuai lawatan tersebut telah meminta semua peserta rombongan turun dari bas. Beliau mengingatkan semua peserta rombongan agar berhati-hati dan tidak mempersoalkan arahan yang diberikan.
Peserta rombongan juga diperingatkan agar berjalan secara berkumpulan dan tidak meninggalkan kumpulan masing-masing. Mereka juga dinasihatkan agar membawa barangan berharga bersama-sama ketika turun dari bas bagi mengelakkan kecurian. Cikgu Norlia juga memperingatkan semua peserta supaya menaiki bas dengan segera setelah menyelesaikan urusan mereka. Sebelum bas meneruskan perjalanan, peserta rombongan telah diminta memastikan rakan-rakan berada di dalam bas.

Gerai Makanan
Cikgu Norlia mempertanggungjawabkan Azam untuk mengawasi setiap kumpulan yang anggotanya terdiri daripada tiga orang. Sepanjang perjalanan ke restoran, mereka memperkatakan tempat-tempat menarik yang akan dilawati di Kota Bharu.
Sebaik tiba di gerai jualan, Azam dan rakan-rakannya beratur untuk membeli makanan. Setelah memperoleh makanan yang diingini, Azam membayar harga makanan tersebut dengan wang yang diperuntukkan oleh ayahnya. Baki wang yang diperolehinya segera disimpan di dalam dompetnya agar tidak tercicir.
Bagi mempermudah makanan panas dibawa, Azam menggunakan dulang yang disediakan. Dia menatang dulang itu dengan berhati-hati agar makanan tidak tertumpah.




IMBUHAN APITAN

Imbuhan Apitan
·         Penggabungan  dengan kata dasar akan membentuk makna tertentu.
·         Terdiri daripada beberapa bentuk:
Apitan meN......-kan dan meN............-i
·         Perkataan yang dihasilkan merujuk kepada:
(a)    sesuatu yang dilakukan untuk faedah orang lain
(b)   menyebabkan sesuatu hal itu terjadi
(c)    perbuatan
Contoh :
·         membasuhkan , mengikatkanmerekodkan,
·         melayanimerawatimengetuai

Apitan  ke-..............-an
·         boleh membawa beberapa maksud:
(a)    menerangkan sesuatu hal yang terdapat dalam kata dasar
(b)   tempat


Contoh :
·         kesakitankeletihankemuraman
·         kenakalankesempitan

Apitan peN-....-an
·         merujuk kepada tempat dan perbuatan serta keadaan:
(a)    menerangkan sesuatu hal yang terdapat dalam kata dasar
(b)   tempat
Contoh :
·         pedalamanpembunuhanpenginapan,perbarisanpelabuhan
Apitan di-......-kan, di-.....-i, diper-.....-kan
·         Digunakan dalam ayat pasif
Contoh :
·         dianugerahkanditemuidiperdebatkan

Contoh ayat:
·         Murid-murid digalakkan menguasai pelbagai bahasa.
·         Adik tertidur di ruang tamu kerana keletihan.
·         Acara perbarisan itu tamat pada pukul 1.00 petang.
·         Mangsa pembunuhan itu ditemui mati oleh jirannya.



1. MEMPERDENGARKAN
=


2. DIPERTANGGUNGJAWABKAN
=


3. MEMPERKATAKAN
=


4. DIPERUNTUKKAN
=




AKTIVITI
Membina ayat menggunakan imbuhan apitan pada kata kerja dalam pelbagai situasi.


DOKUMEN STANDARD KURIKULUM PENTAKSIRAN 5.2.1
Murid membaca dan mengenal pasti perkataan yang mempunyai imbuhan apitan mempeR-… -kan, mempeR-… -I, dipeR-… -kan, dipeR-… -i yang terdapat dalam teks.
Murid membina ayat menggunakan imbuhan apitan kata kerja tersebut yang terdapat dalam teks.
Murid berbincang dan mengemukakan pendapat secara kritis secara bertatasusila.




IMBUHAN SISIPAN
WASPADA DI PASAR MALAM


Pasar Malam
Aku mengemaskan buku yang berselerak di atas meja. Aku ingin mengikut ibuku ke pasar malam. Walaupun pasar malam itu terletak tidak jauh dari rumahku, aku tidak pernah dibiarkan pergi bersendirian.
Kulihat ibu menanggalkan barang kemas yang dipakai oleh adik perempuanku. Ibu menasihati aku agar menjaga keselamatan wang yang diberikan oleh ayah.
Malam itu, aku berjalan kaki bersama-sama dengan ibu dan adikku. Kami disuluhi cahaya lampu gerai yang terang-benderang.
Semasa melintasi gelanggang yang terletak di taman permainan, kelihatan gelembung buih sabun yang dimainkan oleh beberapa orang kanak-kanak. Aku cuba menampan gelembung buih itu dengan telapak tanganku.


Gerai Keropok Lekor
Aku segera menarik tangan adik apabila aku melihat adik menghampiri kuali yang mengandungi minyak yang sedang menggelegak. Aku khuatir minyak yang menggelegak itu terpercik pada badan adik dan menyebabkan kecederaan.
Adik meronta minta dilepaskan. Jari telunjuk adik menunjuk ke arah keropok lekor yang sedang digoreng.
Tahulah aku bahawa adik meminta untuk dibelikan keropok lekor itu. Ibu mengeluarkan lima ringgit dari dompet dengan berhati-hati. Ibu membeli keropok lekor untuk adik. Adik kelihatan gembira.
Setelah membeli keropok lekor, kami menuju ke gerai seterusnya. Ibu memimpin tangan adik sambil menggenggam jari-jemari adik dengan kemas.







Sisipan -el-, contoh kata:-
1. tapak - telapak
2. kupas - kelupas
3. tunjuk - telunjuk
4. serak - selerak
5. getar - geletar

Sisipan -em-, contoh kata:-1. guruh - gemuruh
2. gilang - gemilang
3. kuning - kemuning
4. kuncup - kemuncup
5. gercing - gemercing
6. gentar - gementar

Sisipan -in-, contoh kata:-1. sambung - sinambung

Sisipan -er-, contoh kata:- 
1. godak - gerodak
2. sabut - serabut
3. gicau - gericau
4. gigi - gerigi
5. kuping - keruping
6. suling - seruling
7. godak - gerodak


LATIHAN
1. Kenal pasti dan senaraikan tiga perkataan yang mempunyai imbuhan sisipan di dalam teks tadi.
__________________
__________________
__________________


2. Kemudian, bina ayat berdasarkan perkataan imbuhan sisipan yang telah anda kenal pasti dan senaraikan.
i. ________________________________________________
ii. ________________________________________________
iii. ________________________________________________





AKTIVITI
Membina ayat menggunakan imbuhan sisipan dalam pelbagai situasi.


DOKUMEN STANDARD KURIKULUM PENTAKSIRAN ]5.2.1
Murid membaca dan menyenaraikan perkataan yang mempunyai imbuhan sisipan
Murid membina ayat menggunakan perkataan berimbuhan sisipan yang terdapat dalam teks
Murid menulis ayat dalam perenggan secara mekanis dengan tulisan berangkai yang betul dan kemas.



DIDIK HIBUR :)










No comments:

Post a Comment

HOME

PENSYARAH: EN. YAU YEE SHIN PENGENALAN Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan...