PENSYARAH: EN. YAU YEE SHIN
PENGENALAN
Assalamualaikum
w.b.t dan salam sejahtera,
Bersyukur kehadrat
Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga kami menyempurnakan tugasan kerja
kursus GKB1053 Kemahiran Belajar ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini,
kami telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang
amat berharga dan bermakna dalam hidup kami sebagai seorang pelajar. Pengalaman
yang kami perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang
sekali sahaja dalam hidup kami.
Justeru itu, kami
juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih
terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu Penghasilan Produk dalam bentuk
blog khusus bagi subjek Bahasa Malaysia Tahun 5 tema keselamatan. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada
pensyarah kami iaitu En. Yau Yee Shin kerana beliau telah banyak memberikan
tunjuk ajar dan panduan kepada kami sepanjang menyiapkan tugasan ini. Tunjuk
ajar beliau amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah
diamanahkan ini.
Oleh itu, kami
juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga kami yang telah
banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan
ini. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami
kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan
usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan ini juga
ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini
sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda
hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua,
tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
No comments:
Post a Comment